Sunday, August 23, 2009

Undang - undang pemakaian di UniKL MIIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.

Universiti Kuala Lumpur MIIT City Campus yang seminggu selepas dibuka untuk semester baru telah mengetatkan undang-undang pemakaian, beberapa orang atasan turun padang menahan pelajar didepan universiti dan memaksa pelajar pulang pada hari pertama perlaksanaan, tiada tolak ansur. Pada saya, sewajarnya pelajar diberi peringatan pada hari pertama perlaksanaan, mereka orang atasan yang bijak kononnya berkata " tak nampak ke poster dah tampal? ", itu bukan jawapan yang baik bagi saya. Tidak langsung mempunyai nilai murni.

Pemakaian pelajar lelaki - tidak boleh rambut panjang, tidak boleh tshirt kolar bulat, tidak boleh berselipar, tidak boleh seluar jeans koyak.

Pemakaian pelajar perempuan - tidak boleh pakai selipar, tidak boleh pakai seksi.

Kenapa perkara remeh ini sibuk diperkatakan? kenapa tidak menyibuk di makmal ? Apa pentingnya pemakaian skema dengan keputusan pelajaran? tidak boleh berjaya ke kalau berambut panjang dan bert-shirt kolar bulat? boleh jadi bodoh?

Pada saya, cukup jika menutup aurat, dan mengikut Islam. Islam adalah agama yang mudah dan terbaik, terbaik untuk umatnya dan terbaik juga untuk orang bukan Islam. Rambut dan tshirt kolar bulat bukan perkara yang perlu disibuk-sibuk oleh orang atasan, tetapi keselesaan belajar itu lebih penting, itu juga yang menentukan prestasi kami. Sebab kami (pelajar) membayar untuk belajar. Dan jika dilihat dari sudut perniagaan (kemahiran orang atasan), kami (pelajar) merupakan pelanggan atau customer cakap orang putih. Jadi kami ada hak, kerana kami membayar.

- Pelajar

p/s :- orang atas tak tegur isu tudung, kerana terdapat dikalangan orang atas(Muslimah) tidak bertudung dan terdapat dikalang pensyarah(Muslimah) juga tidak bertudung. Mungkin ada yang akan berkata itu hak individu, jadi bagaimana dengan kolar bulat dan rambut panjang? Tetapi disini masalahnya, sebagai khalifah dimuka bumi ini wajib bagi kita menyebarkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, bertudung itu perkara wajib, tidak boleh ambil remeh temeh. Kerana hak Allah keatas hambaNya lebih tinggi dari hak kita sesama kita. Kesimpulannya, undang-undang di UniKL berat sebelah, ntah hape-hape~

Tuesday, April 28, 2009

Pandangan saya terhadap penentang petisyen yang di anjurkan di blog UniKL TIPU Pelajar.

Assalamualaikum kepada semua yang membaca.

Setelah mentelaah komen pembaca di blog "UniKL TIPU Pelajar", terdapat pihak yang menyokong dan membantah protes pihak blog tersebut terhadap UniKL, hurm~ memang lumrahnya hidup didunia ini jika ada yang menyokong pasti ada yang membantah, cuma yang menjadi satu persoalan apabila yang membantah petisyen tersebut adalah seorang pelajar ( dari penglihatan saya ).

Ada satu komen, yang berbunyi "Kalau betul UniKL songlap duit pun, korang pinjam MARA kan? aku rasa yang bayar sendiri hanyalah 5% saja. MARA akan convert loan to scholarship kalau korang dapat 3.5 and above. UniKL taklah susah sangat, so, belajar jela elok2 dapatkan result yang baik2. So, pi mampus la sama dorang nak songlap ke nak apa ke, korang rugi ke? Masalahnya sekarang ni, korang boleh ke score? UniKL punya study memang senang sangat, kalau tak dapat A tu tandanya malas beljar. Korang tak pegi kelas ke? Assignment buat tak? Jgn asik duk bising, tapi diri sendiri tak terjaga. Cheers mike."

Jika diperhatikan dari komen yang dibuat, didapati bahawa penulis tersebut adalah seorang yang kurang berfikir ketika menulis, ini kerana jika anda semua faham MARA bermaksud Majlis Amanah Rakyat, duit yang kita perolehi tersebut adalah amanah dari rakyat, digunakan bagi tujuan pembelajaran kita, jadi jika kita diberi amanah tersebut, kita perlu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Itu adalah perkara yang perlu kita faham. Jikalau UniKL menipu, dan kita sebagai seorang yang muslim dan bermoral, kita akan menghalang tindakan UniKL itu, kerana sebagai seorang muslim dan bermoral perlu menentang segala yang berbaur kejahatan. Lagi satu, harus diingat, segala yang kita lakukan ini, iaitu menentang segala penipuan dan ketidakadilan ini adalah untuk menjadikan Universiti Kuala Lumpur lebih baik, lebih menjiwai pelajar, dan memahami pelajar, supaya kita dapat belajar dengan selesa dan gembira.

Komen yang lainnya "aku rase la korang sme ni juz nak duit je bkn nak blajar....asal korang xmasuk u laen je...klu dah tahu unikl ni tipu...xpon korang ni je yang xlayak masuk mane2 u selaen unikl...2la...org suh belajar xnak blajr...dah kire ok la blajr kat unikl coz under mara...klu masuk ipta xke sangap dapat PTPTN!!!!!...."

Bagi pendapat saya, kalau sipenulis ini hadir pada malam solat hajat di surau UniKL MIIT tempoh hari, pasti dia menyokong dengan apa yang saya cuba katakan ini, saya ingat lagi ceramah oleh Ustaz Sabri, isi ceramahnya ada menyebut, "dont always complaint", kata nya, jika kita sudah masuk kedalam sesebuah sistem, dan sistem itu tidak baik kita harus menyesuaikan diri dan cuba untuk berjaya didalam sistem tersebut. Dari apa yang saya faham, contoh nya didalam UniKL ini sendiri, memang sistemnya sedikit mengecewakan, tetapi itu bukan alasan untuk kita gagal dalam memajukan diri dalam pelajaran. Dan pada pandangan saya, disamping kita tidak musnah dek kelalaian pihak pentadbiran, kita juga perlu mengingatkan mereka, ingatkan bahawa kita tidak langsung bersetuju dengan tindakan mereka, dan akan berjuang sehingga sistem pentadbiran dan hak pelajar di pelihara. Teruskan perjuangan menuntut hak pelajar!

- Pelajar

p/s:- jikalau ada silap dan salah harap dapat diperbetulkan.

Monday, April 27, 2009

Jaringan ini kian berkait..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat sekalian, setelah membaca blog yang istimewa iaitu blog "UniKL TIPU Pelajar" di http://unikltipupelajar.blogspot.com/ terasa ikatan kekeluargaan dan persaudaraan diantara kita(pelajar UniKL) makin dekat dan erat.

Tujuan blog ini dibuka adalah untuk menunjukkan tanda sokongan diatas pembukaan blog tersebut, diharap perasaan kita ini didengari dari pelbagai pihak.

Kita lawan pihak yang menindas! Lawan dengan pelbagai cara!

Bodohlah kalau kita jadi pak/mak turut. Jangan takut! kalau kita bersatu, kita pasti akan menjadi yang terkuat. Berani kerana benar. Kita ada bukti, bukan hanya menuduh. Kalau kita berfikir, kita akan ketemui jawapannya. Bersama kita didalam jaringan ini, semoga pihak yang benar memperoleh kemenangan.

Selamat Menjawab Peperiksaan Akhir.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



- Pelajar