Tuesday, April 28, 2009

Pandangan saya terhadap penentang petisyen yang di anjurkan di blog UniKL TIPU Pelajar.

Assalamualaikum kepada semua yang membaca.

Setelah mentelaah komen pembaca di blog "UniKL TIPU Pelajar", terdapat pihak yang menyokong dan membantah protes pihak blog tersebut terhadap UniKL, hurm~ memang lumrahnya hidup didunia ini jika ada yang menyokong pasti ada yang membantah, cuma yang menjadi satu persoalan apabila yang membantah petisyen tersebut adalah seorang pelajar ( dari penglihatan saya ).

Ada satu komen, yang berbunyi "Kalau betul UniKL songlap duit pun, korang pinjam MARA kan? aku rasa yang bayar sendiri hanyalah 5% saja. MARA akan convert loan to scholarship kalau korang dapat 3.5 and above. UniKL taklah susah sangat, so, belajar jela elok2 dapatkan result yang baik2. So, pi mampus la sama dorang nak songlap ke nak apa ke, korang rugi ke? Masalahnya sekarang ni, korang boleh ke score? UniKL punya study memang senang sangat, kalau tak dapat A tu tandanya malas beljar. Korang tak pegi kelas ke? Assignment buat tak? Jgn asik duk bising, tapi diri sendiri tak terjaga. Cheers mike."

Jika diperhatikan dari komen yang dibuat, didapati bahawa penulis tersebut adalah seorang yang kurang berfikir ketika menulis, ini kerana jika anda semua faham MARA bermaksud Majlis Amanah Rakyat, duit yang kita perolehi tersebut adalah amanah dari rakyat, digunakan bagi tujuan pembelajaran kita, jadi jika kita diberi amanah tersebut, kita perlu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Itu adalah perkara yang perlu kita faham. Jikalau UniKL menipu, dan kita sebagai seorang yang muslim dan bermoral, kita akan menghalang tindakan UniKL itu, kerana sebagai seorang muslim dan bermoral perlu menentang segala yang berbaur kejahatan. Lagi satu, harus diingat, segala yang kita lakukan ini, iaitu menentang segala penipuan dan ketidakadilan ini adalah untuk menjadikan Universiti Kuala Lumpur lebih baik, lebih menjiwai pelajar, dan memahami pelajar, supaya kita dapat belajar dengan selesa dan gembira.

Komen yang lainnya "aku rase la korang sme ni juz nak duit je bkn nak blajar....asal korang xmasuk u laen je...klu dah tahu unikl ni tipu...xpon korang ni je yang xlayak masuk mane2 u selaen unikl...2la...org suh belajar xnak blajr...dah kire ok la blajr kat unikl coz under mara...klu masuk ipta xke sangap dapat PTPTN!!!!!...."

Bagi pendapat saya, kalau sipenulis ini hadir pada malam solat hajat di surau UniKL MIIT tempoh hari, pasti dia menyokong dengan apa yang saya cuba katakan ini, saya ingat lagi ceramah oleh Ustaz Sabri, isi ceramahnya ada menyebut, "dont always complaint", kata nya, jika kita sudah masuk kedalam sesebuah sistem, dan sistem itu tidak baik kita harus menyesuaikan diri dan cuba untuk berjaya didalam sistem tersebut. Dari apa yang saya faham, contoh nya didalam UniKL ini sendiri, memang sistemnya sedikit mengecewakan, tetapi itu bukan alasan untuk kita gagal dalam memajukan diri dalam pelajaran. Dan pada pandangan saya, disamping kita tidak musnah dek kelalaian pihak pentadbiran, kita juga perlu mengingatkan mereka, ingatkan bahawa kita tidak langsung bersetuju dengan tindakan mereka, dan akan berjuang sehingga sistem pentadbiran dan hak pelajar di pelihara. Teruskan perjuangan menuntut hak pelajar!

- Pelajar

p/s:- jikalau ada silap dan salah harap dapat diperbetulkan.

No comments:

Post a Comment