Sunday, August 23, 2009

Undang - undang pemakaian di UniKL MIIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.

Universiti Kuala Lumpur MIIT City Campus yang seminggu selepas dibuka untuk semester baru telah mengetatkan undang-undang pemakaian, beberapa orang atasan turun padang menahan pelajar didepan universiti dan memaksa pelajar pulang pada hari pertama perlaksanaan, tiada tolak ansur. Pada saya, sewajarnya pelajar diberi peringatan pada hari pertama perlaksanaan, mereka orang atasan yang bijak kononnya berkata " tak nampak ke poster dah tampal? ", itu bukan jawapan yang baik bagi saya. Tidak langsung mempunyai nilai murni.

Pemakaian pelajar lelaki - tidak boleh rambut panjang, tidak boleh tshirt kolar bulat, tidak boleh berselipar, tidak boleh seluar jeans koyak.

Pemakaian pelajar perempuan - tidak boleh pakai selipar, tidak boleh pakai seksi.

Kenapa perkara remeh ini sibuk diperkatakan? kenapa tidak menyibuk di makmal ? Apa pentingnya pemakaian skema dengan keputusan pelajaran? tidak boleh berjaya ke kalau berambut panjang dan bert-shirt kolar bulat? boleh jadi bodoh?

Pada saya, cukup jika menutup aurat, dan mengikut Islam. Islam adalah agama yang mudah dan terbaik, terbaik untuk umatnya dan terbaik juga untuk orang bukan Islam. Rambut dan tshirt kolar bulat bukan perkara yang perlu disibuk-sibuk oleh orang atasan, tetapi keselesaan belajar itu lebih penting, itu juga yang menentukan prestasi kami. Sebab kami (pelajar) membayar untuk belajar. Dan jika dilihat dari sudut perniagaan (kemahiran orang atasan), kami (pelajar) merupakan pelanggan atau customer cakap orang putih. Jadi kami ada hak, kerana kami membayar.

- Pelajar

p/s :- orang atas tak tegur isu tudung, kerana terdapat dikalangan orang atas(Muslimah) tidak bertudung dan terdapat dikalang pensyarah(Muslimah) juga tidak bertudung. Mungkin ada yang akan berkata itu hak individu, jadi bagaimana dengan kolar bulat dan rambut panjang? Tetapi disini masalahnya, sebagai khalifah dimuka bumi ini wajib bagi kita menyebarkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, bertudung itu perkara wajib, tidak boleh ambil remeh temeh. Kerana hak Allah keatas hambaNya lebih tinggi dari hak kita sesama kita. Kesimpulannya, undang-undang di UniKL berat sebelah, ntah hape-hape~

2 comments:

  1. aku pon rambut panjang ske pakai round neck bejaye je sambung degree...
    kawan2 aku yg berambut pendek.. ramai je repeat sem. aku tak repeat pon..
    ..
    dieorrg tataw nak nilai.. sebok pasal bende2 camnih.. dan x lupe gak pasal.. yuran 1 sem 4k walaupon amik 4 kreadit hour shj!

    ReplyDelete
  2. Bro nak tnye..mase pendaftaran wajib pkai kmeje ke?or mmg always pkai kemeje

    ReplyDelete